MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNISEL 2023

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Penyelidikan dan Inovasi 2023.
 
Majlis berlangsung di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya itu disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. Ia dianjurkan bagi mengiktiraf kejayaan penyelidik UNISEL dalam bidang penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun 2023.
 
Majlis dimulai dengan penyampaian anugerah bagi pertandingan inovasi yang melibatkan penyertaan kakitangan UNISEL dalam Malaysia Technology Expo (MTE 2023) iaitu Dr. Hazeeq Hazwan Azman (Pingat Emas), Ts. Dr. Norazah Mohammad Nawawi (Pingat Perak), Dr. Intan Faraha A. Ghani (Pingat Emas) dan Dr. Mardhiyati Mohd Yunus (Pingat Emas & Anugerah Khas: Chinese Innovation & Invention Society (Taiwan)).
 
Bagi 34th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023) pula Dr. Nazlin Hanie Abdullah (Pingat Perak) dan Pn. Sarimah Mat Nawi (Pingat Perak)
 
Bagi kategori fakulti terbaik pula, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) berjaya menjadi fakulti yang menghasilkan penerbitan tertinggi bagi tahun 2022 dan fakulti dengan bilangan geran tertinggi tahun 2023. Manakala Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) pula dinobatkan sebagai fakulti dengan nilai geran tertinggi tahun 2023.
 
Berikut merupakan senarai pensyarah yang menerima geran mengikut kategori:
 
A) GERAN BESTARI 2023
1. Nurul Nabila binti Ibrahim
2. Abu Naib bin Munir
3. Rosmawati binti Mahfar
4. Ts. Dr. Hasdianty binti Abdullah
 
B) GERAN PENYELIDIKAN NEGERI SELANGOR (GPNS) 2023
1. Ts. Dr. Hasdianty binti Abdullah
2. Ts. Mohd Fadzli bin Ahmad
3. PM. Dr. Kamisah binti Supian
4. Dr. Lim Seong Pek
5. Dr. Nurhafizah binti Ibrahim
6. Kastina binti Yusof
7. Siti Hawa binti Mohd Yusof
8. Norliana binti Ahmad Shah
 
C) GERAN FUNDAMENTAL RESEARCH GRANT SCHEME (FRGS) 2023
1. Wong Yee Von
2. PM. Dr. Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid
3. Rosita Hussain
4. Dr. Rita Wong Mee Mee
5. Dr. Roshani Othman
6. Juwairiyyah Abdul Rahman@Osman
7. Aznita Ahmad
8. Dr. Lim Seong Pek
9. PM. Dr. Nur Syufiza Binti Ahmad Shukor
10. Dr. Norazlina Idris
 
D) Geran Industri
1. Ts. Izwan Suhadak Ishak
2. Zaim Durulaman
3. Nurul Shahida bt Hamdan
4. Rosmawati binti Mahfar
5. Hasdalina bt Hasim
6. PM Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh
7. Eda Suhana Binti Sharudin
8. Mohd Nothman Bin Mohamad Nor
9. Prof. Dr. Nik Hasnaa Binti Nik Mahmood
10. Hasri Harun
11. Erni Tanius
12. Tuan Badli Shah bin Tuan Jusoh
 
E) Geran Antarabangsa
1. Mohd Azril Amil
 
Jumlah keseluruhan geran penyelidikan bagi tahun 2023 ialah sebanyak RM 2,070,647.51. Ucapan tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan kesemua yang terlibat.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
5 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi