MEPUK TINGKAT KESEDARAN PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Residensi Pelajar hari ini mengadakan Minggu Kesedaran Peraturan Universiti dan Kolej Kediaman (MEPUK) 2.0 bertempat di Dewan Naib Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
MEPUK disifatkan sebagai satu langkah kesedaran dalam memelihara kampus dan kolej kediaman yang selamat serta kondusif bagi memastikan agenda mahasiswa budiman terus diperkasakan.
 
Kempen kesedaran peraturan Universiti dan Kolej Kediaman disampaikan oleh Inspektor Tan Cheng Yee, Inspektor Perkhidmatan dan Perjawatan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.
 
Di majlis yang sama, Skuad Prihatin Kolej (SPK) ditubuhkan sebagai Task Force yang terdiri daripada sukarelawan mahasiswa UNISEL bagi merealisasikan transformasi Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya.
 
Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti / Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) turut berkesempatan merasmikan majlis tersebut.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
18 Januari 2023

More News

Latest News

JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang menganjurkan Jelajah Hari Terbuka UNISEL 2024 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang. Program yang mengangkat