MAJLIS GRADUASI E-FAST TRACK SESI 2022

Share This Post

Smart Tahfiz Masjid UNISEL (STMU) hari ini mengadakan Majlis Graduasi E-Fast Track bagi sesi 2022 bertempat di Auditorium Za’Ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
E-Fast Track merupakan pendekatan untuk menduduki Sijil Pengajian Malaysia (SPM) yang memerlukan pelajar menghabiskan tempoh pembelajaran secara dalam talian selama sembilan bulan seterusnya melaksanakan bengkel pecutan SPM selama sebulan.
 
Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti merasmikan majlis tersebut sekali gus menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar.
 
“Lembut jangan sampai disudu orang, keras jangan sampai dilempar orang. Jadilah manusia yang inklusif di mana paksinya mendapat keberkatan Allah SWT serta jadikan ini sebagai saham kita di kemudian hari, tahniah dan syabas serta selamat maju jaya”, ujar beliau.
 
Turut hadir Ust. Abd Razak Bin Aripin, Pengetua Smart Tahfiz Masjid UNISEL, Ust. Mohd Azuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengetua Smart Tahfiz Masjid UNISEL serta seluruh tenaga pengajar STMU.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
6 Januari 2023

More News

Latest News

JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang menganjurkan Jelajah Hari Terbuka UNISEL 2024 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang. Program yang mengangkat