PRESIDEN & NAIB CANSELOR SAMPAIKAN AMANAT TAHUN BARU 2023

Share This Post

Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 bertempat di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya.
 
Amanat yang bertema “Memacu Kecemerlangan, Melestarikan Persekitaran” itu turut dipancarkan secara langsung di UNISEL Kampus Shah Alam.
 
Dalam ucapannya, beliau menitipkan pesan kepada semua kakitangan untuk terus berdaya saing dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan universiti.
 
Beliau dalam pada itu turut merakamkan jutaan tahniah kepada kakitangan yang telah berjaya meraih pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022.
 
“Semoga tahun 2023 ini membuka lembaran baharu untuk kita semua. Saya yakin kita semua mampu bersama-sama mendepani pelbagai cabaran yang mendatang selain menghasilkan lebih banyak kejayaan pada tahun ini,” ujar beliau.
 
Tambah beliau lagi, UNISEL akan terus menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar seperti jaringan jalur lebar, bantuan pendidikan serta penambahbaikan fasiliti terutama sekali kemudahan asrama.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
5 Januari 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi