PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI HARI TERBUKA UNISEL DAN PESTA KONVOKESYEN 2023

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini merasmikan Hari Terbuka UNISEL dan Pesta Konvokesyen 2023.
 
Hari Terbuka UNISEL dan Pesta Konvokesyen 2023 yang bermula pada 6 September 2023 akan berlangsung selama lima hari sehingga 10 September 2023.
 
Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, program ini merupakan inisiatif universiti untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk lebih mengenali UNISEL.
 
“Pelbagai program dijalankan sepanjang enam hari pelaksanaannya malah kita turut menerima kunjungan hampir 30 buah sekolah bagi program motivasi bersama Amin Idris dan program matematik bersama Cikgu Shah Dimple,” katanya.
 
“Selain membuka peluang masyarakat mengenali UNISEL dengan lebih dekat, program ini juga bertujuan untuk meraikan graduan dan ibubapa yang hadir sepanjang istiadat berlangsung,” katanya.
 
Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi tanah air, Hazami yang melantunkan dua buah lagu bertajuk Sonata Musim Salju dan Tekad.
 
Presiden dan Naib Canselor juga menyempurnakan perasmian jersi UNISEL FC. UNISEL FC tersebut ditaja oleh Hakka Co dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).
 
Di majlis yang sama turut berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo Yayasan UNISEL (YUSEL). Tempat pertama dimenangi oleh Mohd Syawalnuddin, tempat kedua dimenangi oleh Nor Hasimah manakala tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Firdaus.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
8 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi