PUAN ADIBAH SERAH SUMBANGAN SEBANYAK RM20 RIBU KEPADA YAYASAN UNIVERSITI SELANGOR

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) hari ini menerima sumbangan sebanyak RM20 ribu iaitu sumbangan peribadi Almarhum Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin yang diserahkan oleh isteri almarhum, Puan Adibah Ahmad kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam. Turut berlangsung pada majlis yang sama adalah Majlis Kesyukuran sempena hari kelahiran Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Hadir sepanjang majlis Puan Hjh Rokmaa Hj. Mat, Pendaftar, Puan Siti Aisyah Omar, Bendahari, dekan-dekan serta pengurusan tertinggi universiti.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
14 Mac 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi