Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) baru-baru ini telah menyerahkan 100 unit kerusi bermeja kepada Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, Bukit Rotan, Selangor.
 
Penyerahan tersebut disampaikan oleh Tn. Hj. Amidi bin Abdul Manan, Dekan HEP UNISEL disaksikan oleh En. Fauzainudin bin Nordin, Penolong Pendaftar JPAPP kepada penerima sumbangan iaitu En. Izam Zamel bin Maarif, Pengerusi Muafakat Asrama Desa SK Assam Jawa yang mewakili En. Nizamuddin bin Hj. Abdul Majid yang merupakan Guru Besar Besar Sekolah Kebangsaan Assam Jawa.
 
Sumbangan ini dilaksanakan atas keperihatinan UNISEL terhadap permohonan pihak penerima bagi memastikan keselesaan pengguna khususnya murid-murid SK Assam Jawa terjamin bahkan ia merupakan salah satu daripada ‘University Social Responsibility’ (USR).
 
UNISEL berharap agar sumbangan tanggungjawab sosial ini memberi manfaat kepada pengguna di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa.
 
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
14 JUN 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi