UNISEL TAWAR KAEDAH PENGAJIAN FLEKSIBEL SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERIKUTAN PENULARAN COVID-19

Share This Post

Dunia kini sedang dilanda penularan wabak penyakit coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan pandemik di seluruh dunia. Malaysia merupakan negara yang turut terjejas oleh COVID-19. Ini dapat dilihat apabila beberapa perkhidmatan, termasuklah pendidikan tidak dapat berjalan mengikut jadual susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac sehingga 14 April 2020. Ikuti temubual ekslusif bersama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) berkenaan langkah yang diambil oleh universiti tersebut bagi mengekang penularan COVID-19 serta tawaran kaedah pengajian bagi pelajar UNISEL sepanjang tempoh PKP.

Bagaimana Prof Dato’ melihat peranan yang dimainkan UNISEL menerusi kemasukan pelajar baharu ketika dunia sedang mengharungi fasa begitu mencabar ini?

Peranan UNISEL sudah semestinya untuk memartabatkan pendidikan dan memberi manfaat, khususnya rakyat Selangor dan secara amnya rakyat Malaysia. Sudah pasti penularan wabak COVID-19 ini sedikit sebanyak merencatkan pendaftaran pelajar baharu lebih-lebih lagi bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam melanjutkan pelajaran mereka. Umumnya masyarakat sudah mengetahui bahawa negara kita sedang berada di satu fasa yang lebih serius bagi mengekang penularan wabak COVID-19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki fasa kedua.

Walaupun dengan penguatkuasaan perintah ini, namun pihak pengurusan UNISEL telah mengambil langkah yang dinamik dalam memastikan setiap pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka di semester baharu ini (Pengambilan April 2020). Langkah proaktif yang dilakukan ialah dengan menghubungi setiap pelajar yang berhasrat memasuki UNISEL melalui telefon, emel dan aplikasi whatsapp meyakinkan mereka bahawa universiti akan beroperasi sebagaimana yang dijadualkan. Pihak UNISEl juga akan memastikan setiap langkah keselamatan bagi mengekang penularan wabak ini akan dipatuhi.

Alhamdullillah sehingga ke hari ini kesemua saringan kesihatan yang membabitkan staf UNISEL berkeputusan negatif. Oleh itu bolehlah dikatakan setakat ini UNISEL bebas daripada penularan wabak ini. Selain itu, langkah-langkah yang lain juga diambil oleh UNISEL bagi memberi kemudahan kepada pelajar baharu seperti melanjutkan tempoh pendaftaran dari 15 hingga 19 April 2020. Pendaftaran mereka akan dilakukan secara berperingkat-peringkat sebagai langkah mengelakkan penumpuan dan mempraktikkan “amalan menjarakkan hubungan sosial”.

Langkah ini diambil bagi memastikan kita dapat mengatasi rintangan dan cabaran yang kita sedang hadapi melalui langkah-langkah yang diambil. Oleh yang demikian, kepada pelajar lepasan SPM dil luar sana yang beminat untuk melanjutkan pengajian di UNISEL, anda masih berpeluang untuk mendaftar dengan melayari laman sesawang rasmi www.unisel.edu.my.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi