UNISEL TERIMA LAWATAN KERJA UNIVERSITAS FORT DE KOCK BUKIT TINGGI

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pejabat Antarabangsa dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) hari ini menerima lawatan kerja daripada delegasi Universitas Fort De Kock (UFDK) Bukittinggi.
 
Delegasi yang diketuai oleh Dr. Evi Hasnita, Rektor UFDK itu disambut meriah oleh pihak UNISEL dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam.
Lawatan UFDK ini merupakan rentetan kepada lawatan kerja pihak UNISEL ke universiti tersebut pada awal tahun 2023.
 
Tujuan utama lawatan ini meliputi aspek kerjasama antarabangsa berkenaan pengurusan dan perkhidmatan kesihatan awam serta program promosi penjagaan kesihatan terutama sekali yang berkaitan dengan Fakulti Sains Kesihatan UNISEL.
 
Di kesempatan itu juga, pihak UNISEL mengadakan satu syarahan umum kepada hadirin yang hadir bertajuk ‘Application of Artificial Intelligence (AI) in Detecting Atherosclerosis’ yang disampaikan oleh Dr. Mardhiyati Mohd Yunus, pensyarah FSK.
 
Turut hadir sepanjang majlis adalah barisan pengurusan universiti, dekan-dekan serta mahasiswa Magister Kesehatan Masyarakat UFKD.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
24 Januari 2024

More News

Latest News

JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang menganjurkan Jelajah Hari Terbuka UNISEL 2024 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang. Program yang mengangkat