PENYELIDIK UNISEL MENANG TEMPAT PERTAMA DAN KETIGA DI SRIE 2021

Share This Post

Sekumpulan pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) muncul johan dan tempat ketiga bagi kategori Sains Hayat di pameran Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor (SRIE) 2021 yang berlangsung selama empat hari di Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Johan bagi kategori tersebut adalah sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Sarimah Mat Nawi dari Fakulti Sains Kesihatan dengan tajuk penyelidikannya ‘Mikania: Easy Healing Kit’.
 
Kit tersebut merupakan set penjagaan luka yang terdiri daripada spray pencuci tanpa bilas, hydrogel patch dan krim penyembuh yang dirumuskan dari pokok selaput tunggal.
 
Lebih menarik, Mikania menjadi set penjagaan luka yang lengkap, selamat, mudah dan cepat pertama di Malaysia dan telah mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
 
Tempat ketiga pula dimenangi oleh penyelidik yang diketuai oleh Dr. Siti Hasmah Mohtar dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dengan tajuk penyelidikannya ‘AQUABETEL®️: Premium Feed for Freshwater Fish’.
 
Produk AquaBetel®️ merupakan produk inovasi makanan ikan yang mengandungi bahan asas daripada tumbuhan akuatik dan diformulasikan bersama ekstrak herba terpilih.
 
Produk makanan ini bukan sahaja membekalkan nutrien yang diperlukan bagi keperluan pertumbuhan, malah ektstrak herba yang diadun bersama makanan mampu bertindak sebagai agen bioaktif bagi meningkatkan tahap imuniti dan daya tahan melawan penyakit.
 
Selaku juara, Sarimah Mat Nawi membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 manakala Dr. Siti Hasmah Mohtar pula membawa pulang hadiah bernilai RM3000.
 
SRIE 2021 merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar dan penyayang selain melestarikan pembangunan dan kemakmuran simetri serta peduli rakyat.
 
Ekspo ini menghimpunkan pelbagai inovasi, penyelidikan dan rekacipta yang disertai oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta, perkhidmatan awam, persendirian dan syarikat swasta seiring Revolusi Industri 4.0 yang menjadi semakin penting di pasaran global.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi