LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU TINGKAT SEMANGAT MAHASISWA BUDIMAN

Share This Post

Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar baharu kemasukan Ogos 2022 yang bermula pada 24 Ogos 2022 melaksanakan Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
 
MTSB yang berakhir pada 27 Ogos 2022 itu merupakan minggu suai kenal antara pelajar-pelajar baharu dan dikelolai sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.
 
Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucaptamanya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
 
“Dalam konteks universiti, UNISEL terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ini merupakan faktor utama kecenderungan keberjayaan setiap pelajar”, ujar beliau.
 
Tambah beliau lagi, jadilah mahasiswa yang membanggakan ibu bapa dan keluarga masing-masing. Sudah pasti jasa dan pengorbanan mereka perlu dibalas dengan keberjayaan anda hingga ke alam pekerjaan kelak.
 
Para pelajar baharu bersama-sama melafazkan ikrar dengan penuh semangat dengan keazaman yang tinggi sebagai mahasiswa-mahasiswi Universiti Selangor serta simbolik penerimaan pelajar baharu turut disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Ogos 2022 akan dilanjutkan sehingga 2 September 2022.
 
Pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 011-70752070.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
26 Ogos 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi