MAJLIS PENUTUP SIMPOSIUM PRA SISWAZAH 4.0

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH) hari ini mengadakan Majlis Penutupan Program ‘FELS-US 4.0 Undergraduate Symposium’ bertempat di Auditorium Ibn. Al-Haytham, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Seramai 52 orang pelajar tahun akhir mengikuti Simposium yang bertemakan ‘Emerging Science & Engineering Towards Future Global Challenges’ yang dipamerkan sepanjang hari ini.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucaptamanya menyatakan program yang diadakan itu mampu menarik minat di kalangan pelajar terhadap kekuatan Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan dalam mendepani cabaran dunia masa kini.
 
Terdapat tiga pemenang kluster yang dipertandingkan dalam simposium ini antaranya ‘Cluster Advanced Materials, Environment & Sustainability’ dimenangi oleh Azlia Binti Alias, ‘Cluster System, Design & Instrumentation’ dimenangi oleh Ranjini Devi Rama dan ‘Cluster Applied Science & Mathematics’ dimenangi oleh Yogasri Chandren. Azlia Binti Alias turut menggalas kejuaaraan pembentang terbaik.
 
Presiden dan Naib Canselor turut berkesempatan melawat pameran yang diadakan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH).
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
24 Ogos 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi