DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR UMUM DANA TAMBAHAN RM4 JUTA KEPADA UNISEL

Share This Post

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini mengumumkan dana tambahan sebanyak RM4 juta bagi melengkapkan penubuhan Institut Pemikiran & Kepemimpinan Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (UNISEL).

Dana tersebut merupakan tambahan kepada dana berjumlah RM1 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2022 yang telah diumumkan oleh beliau pada 26 November tahun lepas.

“Saya sudah berbincang dengan pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan bersetuju untuk memberi dana tambahan sebanyak RM4 juta yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM5 juta bagi pembangunan institut ini,” ujar beliau.

“Dengan adanya dana tambahan ini dapat dijadikan modal kewangan untuk menterjemahkan dan mengkayakan pemikiran kerana kita amat memerlukan pemikir dengan corak yang betul untuk membangukan negeri Selangor yang tercinta ini,” ujar beliau.

Penubuhan Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil serta Kursi Siddiq Fadzil dibawah kerjasama UNISEL dengan Institut Darul Ehsan (IDE) itu adalah bagi mengenang jasa dan pengorbanan tokoh ilmuwan, Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.

Institut yang diilhamkan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL ini juga bertujuan untuk menggalakkan usaha wacana keharmonian dan kesederhanaan sepertimana yang telah dipopularkan oleh Almarhum sebelum ini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini telah merasmikan pelancaran Institut Pemikiran & Kepemimpinan Siddiq Fadzil dan Kursi Siddiq Fadzil bertempat di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam.

Turut hadir menyampaikan Syarahan Perdana dalam majlis pelancaran ini adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT).

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
17 Februari 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi