ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-17

Share This Post

Seramai 1306 orang graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-17 bertempat di UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 582 graduan yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, 670 graduan peringkat lazah Sariana Muda, 36 graduan peringkat Ijazah Sarjana, 18 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang ini berlangsung selama dua hari laitu pada 9 dan 10 September 2023.
 
Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada tiga sidang bermula dengan sidang pertama pada 9 September yang disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL diringi ole Pro Canselor UNISEL iaitu Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki. Turut hadir pada Istiadat Konvokesen kali ini, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL dan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Istiadat pada kali ini meraikan graduan terbaik mengikut pelbagai kategori bagi tahun 2023. Sebanyak lima orang graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 29 graduan menerima Anugeran Pelajar Terbaik Program disamping empat anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan.
 
Anugerah Canselor dianugerahi kepada Siti Nazihah Zulkifli, ljazah Sariana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) dan Anugerah Pengerusi dianugerahi kepada Muhammad Nadzwan Aizad Ismail, ljazah Sariana Muda Sains Makmal Perubatan (Kepujian). Anugerah Naib Canselor pula dianugerahi kepada Alini Khairina Che Jasni, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Kepujian) manakala Anugerah Exco Pendidikan dianugerahi kepada Mohammad Daniel Aiman Mohd Zuki, Diploma Perakaunan.
 
Dalam pada itu, UNISEL juga menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan kepada YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dari tahun 2022 sehingga kini. Beliau berkelulusan Ijazah Perubatan dalam bidang Oftalmologi di Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland dan merupakan anak Melayu pertama yang dianugerahkan pingat emas ‘MacNoughton-Jones Gold Medal’ di atas kecemerlangan akademik.
 
Sepanjang menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020, beliau sering kali berkuniung ke UNISEL untuk melihat sendiri perkembangan universiti ini.
 
Malah, beliau turut merasmikan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Za’ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS), UNISEL Kampus Bestari Jaya serta Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka UNISEL 2018 pada 1 September 2018 di Padang Awam, Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
 
Kesemua penerima anugerah utama setiap kategori adalah bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama pengajian mereka.
 
Dalam pada itu, Hari Terbuka UNISEL & Pesta Konvo 2023 berlangsung selama lima hari bermula 6 sehingga 10 September 2023 yang dikendalikan oleh Pejabat Komunikasi Korporat dan Pejabat Pemasaran dan Kemasukan. Pelbagai aktviti menarik berlangsung antaranya forum, Bazaria@UNISEL, pertandingan memancing, pertandingan karaoke, zumba, persembahan artis dan pelbagai lagi.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
9 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi