SITI NAZIHAH ZULKIFLI TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2023

Share This Post

Siti Nazihah Zulkifli, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) hari ini menerima Anugerah Canselor sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) 2023.
 
Beliau merupakan pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan CGPA 3.91. Kini, beliau bekerja di Kenanga Investor sebagai Pegawai Pematuhan.
 
Sepanjang pengajian, beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam kelab antaranya Pengarah Program Lawatan ke rumah anak yatim dan Bendahari bagi program “A Road To Peace of Mind”.
 
“Saya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ilmu perlu sentiasa dikongsi. Malah saya juga berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang ekonomi agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.
 
Siti Nazihah menerima Anugerah Canselor yang disampaikan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL. Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil dan plak sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
 
Dalam pada itu, Muhammad Nadzwan Aizad Ismail, graduan ljazah Sariana Muda Sains Makmal Perubatan (Kepujian) menerima Anugerah Pengerusi, Alini Khairina Che Jasni graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Kepujian) menerima Anugerah Naib Canselor dan Mohammad Daniel Aiman Mohd Zuki, graduan Diploma Perakaunan menerima Anugerah Exco Pendidikan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
9 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi