KEPUTUSAN PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNISEL SESI 2023/2024

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengumumkan keputusan rasmi bagi Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL bagi sesi 2023/2024 yang bertempat di Dewan Auditorium Za’ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial serta lintas langsung di kampus Shah Alam.
 
Pengumuman dismpaikan oleh Tn. Hj. Amidi bin Abdul Manan, Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Bagi kerusi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL sesi 2023/2024 disandang oleh Mohamad Kairul Rizwan bin Abdullah, pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat manakala bagi kerusi Timbalan Presiden pula disandang oleh Changkari A/P Muniandy dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial.
 
Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) dalam pada itu berharap agar kesemua pelajar yang terpilih menjadi MPP pada sesi kali ini dapat memainkan peranan dalam menjadi pemimpin yang terbaik dalam kalangan pelajar.
 
Tambah beliau, rata-rata Alumni UNISEL di luar sana yang berjaya dalam karier masing-masing adalah kesinambungan daripada pengalaman yang digarap tatkala menjalani proses kepimpinan sewaktu di universiti dahulu.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
25 Mei 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi