LARIAN MALAM @ NIGHT RUN SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL 2023

Share This Post

Seramai 500 peserta menyertai Night Run sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL). Rata-rata peserta adalah kakitangan dan pelajar UNISEL.
 
Larian anjuran Pusat Sukan, Budaya dan Penghijauan itu merupakan larian berjarak tiga kilometer. Ia bermula di pekarangan tapak Hari Terbuka dan Pesta Konvo di UNISEL Kampus Bestari Jaya dan berakhir di lokasi sama.
 
Upacara pelepasan dilakukan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor.
 
Menurut beliau, larian ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga UNISEL dengan gaya hidup sihat disamping memupuk sikap bersatu padu dalam kalangan warga universiti.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
7 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi