LARIAN TASIK LINDUNGAN BURUNG SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-17

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Sukan, Budaya dan Penghijauan (PSBH) menganjurkan Larian Tasik Lindungan Burung.
 
Menurut Prof Madya Dr. Norazwan A. Bakar, Pengarah PSBS, larian ini diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-17.
 
“Larian Tasik Lindungan Burung ini melibatkan kira-kira 300 pelajar dan kakitangan UNISEL. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu larian penuh berjarak 5km dan brisk walk berjarak 3km,” katanya.
 
Pelepasan larian disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. Beliau ketika ditemui berkata, larian ini akan membuka peluang kepada warga universiti untuk melihat sendiri keindahan tasik yang terdapat di UNISEL.
 
Hari Terbuka UNISEL dan Pesta Konvokesyen 2023 yang bermula hari ini akan berlangsung selama lima hari sehingga 10 September 2023. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung antaranya aktiviti pentas, liga sukan, pameran fakulti, zumbathon dan sebagainya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
6 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi