MAJLIS PELANCARAN TOTAL CAMPUS MANAGEMENT SYSTEM 2.0

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Teknologi Informasi dan Komunikasi (CICT) hari ini mengadakan majlis pelancaran ‘Total Campus Management System (TCMS) 2.0’ bertempat di Bilik Seminar Tingkat 2, UNISEL kampus Shah Alam.
 
TCMS 2.0 merangkumi lima modul antaranya Sistem Pengurusan Aduan (SPA), Sistem Penyelidikan Universiti (SPU), Sistem Pengurusan Aset & Inventori (SPAI), Sistem Pengurusan Fasiliti (SPF) dan Sistem Maklumat Pelajar (SMP).
 
Simbolik penyerahan sistem kepada Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dimana SPA diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Salina Muhamad, Pengarah Pejabat Tadbir Urus Korporat & Jaminan Kualiti dan SPU diserahkan kepada Ts. Dr. Rahmad Mohd Taib, Pengarah Pusat Penyelidikan & Jaringan Industri.
 
Manakala SPAI pula diserahkan kepada Hj Abu Naaim Munir, Pengarah Jabatan Pengurusan Aset & Pembangunan Perniagaan, SPF pula diserahkan kepada Mohd Khatta Marwah, Pengarah Jabatan Penyelenggaraan & Pembangunan dan SMP diserahkan kepada Hjh Rokma Hj Mat, Pendaftar yang mewakili unit di bawah seliaan Pejabat Pendaftar.
 
Dalam majlis sama turut berlangsung sesi penyerahan projektor oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL kepada fakulti-fakulti iaitu Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat serta Fakulti Sains Kesihatan.
 
Turut hadir, Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Siti Aisyah Omar, Bendahari, Ts. Zuraidy Adnan, Pengarah CICT, barisan pengurusan tertinggi serta kakitangan CICT.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
10 Oktober 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi