PERPUSTAKAAN UNISEL ANJUR SEMINAR BIBLIOTERAPI

Share This Post

Perpustakaan Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) telah menganjurkan Seminar Biblioterapi Pembangunan pada 23 dan 24 September 2023 bertempat di Bilik Seminar, Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Perpustakaan UNISEL, Kampus Bestari Jaya.
 
Seminar ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti pada 23 September 2023. Seminar tersebut dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada Pustakawan dan Pensyarah, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak UNISEL serta guru-guru dari Rohingya Education Centre (REC).
 
Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Md Sidin bin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri. Seminar ini bertumpu kepada pembangunan biblioterapi yang digunakan untuk membantu bukan sahaja kanak-kanak dan remaja malah individu daripada semua tahap umur dan latar belakang bagi meningkatkan tahap kesedaran diri, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan.
 
Perpustakaan juga sedang dalam proses untuk menyediakan Sudut Biblioterapi di kampus Bestari Jaya dan Shah Alam sebagai usaha membudayakan terapi membaca dalam kalangan warga UNISEL.
 
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairudin, Presiden Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dan En. Hafiz Abdul Rahim Ketua Perpustakaan UNISEL.
 
PERPUSTAKAAN UNISEL
24 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi