PELANCARAN LIGA BOLA SEPAK PIALA NAIB CANSELOR 2023 MERIAH

Share This Post

Majlis pelancaran Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor 2023 di kampus Bestari Jaya berlangsung meriah dengan kehadiran kesepuluh pasukan yang bakal beraksi dan lebih 150 orang penonton dikalangan pelajar hadir.
 
Sepuluh pasukan yang terdiri daripada Fakulti FESS, FCVAC, FKSH, FBA, FSK, PADU, STAFF FC, SMART TAHFIZ FC serta pasukan jemputan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang bakal mengikuti liga yang bermula esok dan dijangka tamat pada 16 Julai 2023 bertempat di Kompleks Sukan UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL juga merupakan penaung UNISEL FC telah menyempurnakan simbolik perasmian yang turut disaksikan oleh lagenda bola sepak negara, Azman Adnan.
 
Dalam ucaptama perasmian beliau menyifatkan penganjuran liga bola sepak UNISEL ini dapat menyungkil bakat dan kemahiran terpendam dikalangan pelajar khususnya.
 
‘Era kini, para pelajar harus ada kedua-dua nya bukan sahaja maju dalam aspek pendidikan malah berkecimpung dalam bidang ko-kurikulum dan sukan. Ini dapat melonjakkan diri anda untuk lebih terkehadapan kelak’, ujar beliau.
 
Dalam majlis yang sama turut diumumkan pemenang pertandingan reka jersey UNISEL FC. Berikut merupakan pemenang pertandingan :
 
Juara – Sai Rishi Kesava Rao Sanasi Rao.
 
Tempat Kedua – Ahmad Zarif Haikal B. Mohd Nazaruddin.
 
Tempat Ketiga – Muhammad Hariz Aqmi B. Badrul Hisham.
 
Hadiah saguhati – Izzhanna Nadia Sofi Bt. A Aziz & Muhammad Noor Syazwan B. Rosman.
 
Di akhir majlis, sesi sembang santai Talk With Legend bersama Azman Adnan dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Canselor & Timb. Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti HEP merangkap Presiden UNISEL FC dan En. Ikwaniata Bin Taib, Pengurus UNISEL FC.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
7 Julai 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi