PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2023

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menyampaikan amanat beliau kepada kakitangan sempena Perhimpunan Bulanan Julai 2023.
 
Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya itu juga turut disiarkan secara langsung ke Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam.
 
Beliau memulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada beberapa kakitangan dan pelajar yang telah mengharumkan nama UNISEL antaranya Prof. Dato’ Dr. Saadiah Mohammad, Profesor Fakulti Perniagaan & Perakaunan atas penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.).
 
Beliau turut mengucapkan jutaan tahniah kepada Nurul Izzati Mohd Fauzi, pelajar Fakulti Perniagaan & Perakaunan yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Perakaunan oleh Institut Perakaunan Malaysia (MIA) dan Devan a/l Chadrasakaran, pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat yang meraih Anugerah Pingat Emas Institut Jurutera Malaysia (IEM).
 
“Tahniah juga diucapkan kepada pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat yanh berjaya meraih dua pingat perak di 34th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2023,”
 
Beliau turut membuat beberapa pemakluman antaranya UNISEL bakal mengadakan Instiadat Konvokesyen kali ke-17 pada 9 dan 10 September 2023 dan majlis jamuan bagi mengumpul dana bagi Yayasan Universiti Selangor.
 
“UNISEL amat berbangga dengan kehadiran YB Fahdlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 Julai 2023 bagi melancarkan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Kampus Bestari Jaya,”
 
“Malah, kita juga turut menerima kunjungan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia
sempena Program Pemuliharaan Bioderversiti: Langkah Kerajaan Demi Kesejahteraan Penghuni Alam pada 3 Jun 2023,”
 
Beberapa penambahbaikan juga sedang dijalankan di kedua-dua buah kampus, Shah Alam dan Bestari Jaya bagi meningkatkan pengalaman pelanggan terutama sekali kepada pelajar UNISEL. Projek naik taraf itu turut melibatkan kolej kediaman, fakulti dan beberapa kemudahan lain.
 
“UNISEL juga kini sedang giat menaik taraf beberapa kemudahan dalam kampus antaranya pemasangan beberapa panel solar di perpustakaan Bestari Jaya dalam usaha untuk memjimatkan tenaga elektrik selain menjaga keadaan bumbung,”
 
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan bola sepak kakitangan UNISEL atau lebih dikenali sebagai STAF FC atas kejayaan mendapat tempat keempat dalam perlawanan Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor 2023 yang berlangsung pada 7-16 Julai 2023.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
17 Julai 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi