LUMINOUS VEX SHOWCASE 2023 PAMER PROJEK TAHUN AKHIR

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Seni Visual, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) mengadakan Pameran Projek Pelajar Tahun Akhir Luminouns Virtual Art Exhibition (VEX) bermula 24 Julai sehingga 28 Julai 2023 bertempat di Ruang Pameran Jabatan Seni Visual, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Selaras dengan usaha mendedahkan pelajar tahun akhir dengan perkembangan industri seni semasa, program yang bertemakan ‘Luminous’ bermaksud ‘Cahaya’ tersebut mempamerkan hasil karya seperti ilustrasi, pengiklanan, penjenamaan, animasi, multimedia, fotografi dan pelbagai karya kreatif dan menarik daripada pelajar tahun akhir bidang Diploma Seni Reka Grafik Digital, Diploma Teknologi Fotografi dan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik Digital.
 
Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Wan Hassan (FCVAC), ini merupakan satu platform yang terbaik kepada kesemua 86 orang pelajar tahun akhir selepas mengharungi tiga tahun pengajian termasuk latihan industri mereka. Oleh yang demikian, pameran ini bertujuan mengangkat hasil karya mereka untuk dipamerkan kepada pihak luar.
 
Program ini juga disifatkan sebagai ruang cabaran buat pelajar dari segi pengurusan masa, tenaga dan kreativiti dan secara tidak langsung membuka peluang pelajar untuk mendapat penilaian daripada Industri luar sebelum berada di dalam industri sebenar.
 
Antara penilai industri luar yang terlibat sepanjang Luminous VEX Showcase 2023 ini adalah Ts. Mohd Fadzley Abd Shukor, Pengarah Seni Reka Istana Budaya. Dalam pada itu antara pensyarah yang terlibat selaku penasihat projek tahun akhir Luminous VEX Showcase 2023 ini adalah En. Afendi Md Shas, Pn. Aiqa Afiqah Bt. Isnin dan Cik Rosliza Bt. Ahmad.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
26 Julai 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi