PENDAFTARAN PELAJAR FAKULTI SAINS KESIHATAN KEMASUKAN OGOS 2023

Share This Post

Sesi pendaftaran pelajar baharu bagi Fakulti Sains Kesihatan (FSK) hari ini berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam. Pendaftaran pelajar baharu tersebut meliputi pendaftaran bagi dua program diploma dan tiga program ijazah sarjana muda.
 
Menurut En. Sharikh Dali Mahad, Dekan FSK, sesi pendaftaran pada hari ini merupakan pendaftaran awal bagi pelajar-pelajar FSK dari kumpulan SELFA- Hospital Sponsorship Program (SELFA-HSP) yang bakal mengikuti Diploma Kejururawatan UNISEL.
 
SELFA-HSP merupakan tajaan pengajian penuh yang mana pelajar akan ditaja sepenuhnya oleh hospital penaja. Penajaan ini merangkumi elaun bulanan sehingga RM1000 sebulan sepanjang pengajian. Malah, pelajar turut menerima kemudahan hostel, kemudahan pengangkutan percuma ke tempat klinikal oleh UNISEL, dua pasang uniform setahun dan kit peralatan kejururawatan.
 
Kepada pelajar di luar sana yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang sains kesihatan, pendaftaran bagi kemasukan Ogos 2023 akan berlangsung sekali lagi pada 24 Ogos 2023. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang fakulti di https://fsk.unisel.edu.my.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi