SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM ASASI DI UNIVERSITI SELANGOR

Share This Post

Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Program Tahun Asas Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan Julai 2023 hari ini berjalan dengan lancar. Majlis dimulai pada jam 8.30 pagi itu berlangsung di Bangunan Canselori Kampus Bestari Jaya.
 
Ini merupakan pengambilan pelajar baharu bagi program Tahun Asas yang mana UNISEL menawarkan tawaran khas yuran pengajian percuma sepanjang 1 tahun pengajian bernilai sehingga RM 12,000. Rata-rata pelajar yang mendaftar pada hari ini bersemangat untuk memulakan langkah bergelar mahasiswa baharu UNISEL.
 
Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian program Tahun Asas di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Julai 2023 akan diteruskan pada 24 Ogos 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-5522 3400 & 018-5714084 atau layari lawan sesawang www.unisel.edu.my.
 
Anda juga boleh hubungi info berikut:
 
🖱Mohon secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 di : http://apply.unisel.edu.my
 
No. Whatsapp:
 
📲 https://wa.me/+60183788756 (Cik Noor Suraya)
 
 
 

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi