UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN BANK ISLAM

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) melalui Pejabat Bendahari hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Islam.
Majlis menandatangani MoU berkenaan disempurnakan oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL disaksikan oleh Hjh Rokma Haji Mat, Pendaftar.
 
Manakala, bagi pihak Bank Islam pula disempurnakan oleh Mohd Noor Jab, Pengarah, Deposit & Kad disaksikan oleh Mohd Zaki bin Atip, Pengarah, Wilayah Kawasan Tengah 1.
 
Kerjasama strategik itu melibatkan beberapa produk yang ditawarkan oleh pihak Bank Islam antaranya akaun gaji bagi staf, akaun pelajar dan pelatih, komuniti kampus tanpa tunai, insentif kepada UNISEL dan juga ‘deposit investment’.
 
Wakil dari Bank Islam yang hadir adalah Norman Awang, Ketua, Perniagaan Runcit Deposit & Kad, Mahadzir Mohd Noor, Pengurus Pembangunan Perniagaan Runcit, Deposit & Kad, Shamsul Azlan Mohd Nor, Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri, KawasanTengah 1 & Selangor 1 dan Fazrin Latiffah Latiff, Pengurus Solusi.
 
Turut hadir sepanjang majlis adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) dan barisan pengurusan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
16 Ogos 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi