TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2023

Share This Post

Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan Ogos 2023 hari ini berjalan lancar. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Sesi pendaftaran kali ini merupakan kemasukan pelajar baharu bagi program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda. Rata-rata pelajar baharu yang mendaftar di UNISEL yang ditemui jelas teruja untuk memulakan langkah baharu dalam kehidupan bergelar mahasiswa kampus.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL dalam pada itu turut berkesempatan meluangkan masa untuk menyantuni ibu bapa dan para pelajar.
 
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan setinggi penghargaan kepada ibu bapa kerana mempercayai UNISEL sebagai sebuah institusi yang bakal mencorak masa depan anak-anak mereka. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kesemua pelajar baharu yang memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di sini.
 
“Rata-rata ibu bapa dan pelajar yang ditemui hari ini memberi pujian kepada UNISEL kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap kepada mahasiswa seiring dengan misi UNISEL dalam mewujudkan suasana kampus yang kondusif dan lestari”, katanya.
 
Nasihat dan saranan turut dititipkan buat pelajar baharu agar menjadi pelajar yang bukan sahaja membanggakan ibu bapa dan universiti, malah agama, bangsa dan negara.
 
Justeru, kepada bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Ogos 2023 akan dilanjutkan bermula hari ini sehingga 1 September 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-5522 3400 & 018-5714084 atau layari laman sesawang www.unisel.edu.my.
 
Anda juga boleh hubungi info berikut:
🖱Mohon secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 di : http://apply.unisel.edu.my
 
No. Whatsapp:
📲 https://wa.me/+60183788756 (Cik Noor Suraya)
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
24 Ogos 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi