PERTANDINGAN MEMANCING DAN LARIAN SANKTUARI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Share This Post

Bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-15, pihak universiti telah mengadakan satu Pertandingan Memancing pada 11 dan 12 Jun 2022 bertempat di Tasik Lindungan Burung yang terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Pertandingan yang bermula pada jam 7 pagi itu disertai oleh pemancing-pemancing tegar dari seluruh Malaysia.
 
Konsep pertandingan pada hari tersebut adalah “nature battle”, iaitu memancing di tasik dengan menggunakan bot atau kayak yang mana kaedah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan pemancing kini. Manakala pertandingan memancing yang berlangsung pada 12 Jun 2022 pula diadakan di dalam kampus dengan mengetengahkan konsep “land battle”.
 
Selain pertandingan memancing, turut berlangsung pada hari yang sama adalah Larian Sanktuari yang mana pelepasan larian telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL diiringi oleh En Khalid Abdullah, Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang mewakili YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB.
 
Selain bertujuan mengimarahkan lagi lokasi baharu iaitu Tasik Lindungan Burung, kedua-dua acara tersebut dijalankan bagi memperkenalkan kawasan yang bakal menjadi tarikan ekopelancongan baharu di negeri Selangor ini kepada orang awam dan masyarakat sekitar.
 
Tambahan lagi, projek Tasik Lindungan Burung ini terletak di lokasi yang sangat strategik dan bakal menjadi projek yang akan dikomersialkan oleh pihak UNISEL.
 
Apa yang lebih menarik, program tersebut juga mendapat sokongan dan tajaan oleh pihak PNSB. Selain itu, pihak UNISEL turut mendapat kerjasama daripada Monstercraft Fishing, FishingTAG, GoMo Kayak, Fishing Madness, 1stopfishing.
 
Untuk makluman, Tasik Lindungan Burung ini bakal membuka peluang kepada pemerhati burung untuk melihat sendiri kewujudan pelbagai spesis burung disamping menjadi tumpuan ahli sains membuat penyelidikan kepada pola tingkah laku spesis burung yang terdapat di sini.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
12 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi