PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RAI KAKITANGAN DI UNISEL GRAND GATHERING 2022

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor semalam meraikan kira-kira 600 kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) pada satu majlis makan malam yang diadakan di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Majlis makan malam yang diberi nama UNISEL Grand Gathering (UGG) itu merupakan acara tahunan bagi meraikan kakitangan universiti yang bertugas sepanjang Istiadat Konvokesyen. Pada tahun ini, UGG dihoskan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH).
 
Menurut Presiden dan Naib Canselor, UGG merupakan satu pendekatan bagi melambangkan kebersamaan dalam kalangan kakitangan.
 
“Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada FKSH yang berjaya menganjurkan program pada hari ini. Dengan kejayaan ini, saya sarankan kita mengadakan UGG setiap tahun,”ujar beliau.
 
“Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu, maka dengan ini tahun depan merupakan tahun kelapan saya bergelar Presiden dan Naib Canselor. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua kakitangan kerana tanpa sokongan anda semua, tiada lah saya di sini,” tambah beliau lagi.
 
Dalam pada itu, majlis turut meraikan 35 orang kakitangan yang menerima Anugerah 20 Tahun Berkhidmat di UNISEL. Penerima anugerah merupakan mereka yang berkhimat di UNISEL dari tahun 1999, 2000, 2001 dan 2002.
 
Turut berlangsung, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Melestarikan Tong Sampah Angkat yang dimenangi oleh Jabatan Seni Visual Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.
 
Ini merupakan salah satu inisiatif dalam mentrasnformasi tong sampah kepada hiasan landskap dan ia adalah idea dari Presiden dan Naib Canselor semasa lawatan beliau ke Guangzhou, China.
 
Turut berlangsung adalah cabutan bertuah dimana hadiah utama dimenangi oleh Suriatiwani Ashaari. Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian Anugerah King of the Night yang dimenangi oleh Fadly Malek manakala Anugerah Queen of the Night dimenangi oleh Alpisah Md Rokip.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
5 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi