PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR UNISEL KETUAI LAWATAN KERJA KE SABAH

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor mengetuai Lawatan Kerja ke Sabah bermula 8 Disember sehingga 14 Disember 2022. Lawatan kerja ini merupakan salah satu agenda utama pemasaran universiti bagi menarik pelajar dari Sabah untuk melanjutkan pengajian di UNISEL.
 
Setibanya di Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), delegasi UNISEL terus ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, Penampang dan telah disambut baik oleh Datin Hajah Joharah Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Putatan.
 
Selepas itu, pengisian diteruskan dengan perbincangan bersama Haslinda Husin, guru kaunselor berkenaan tawaran program dan peluang pendidikan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Tingkatan 6 sekolah tersebut ke UNISEL. Program di SMK Putatan berakhir pada jam 5.30 petang.
 
Pada sebelah malam pula, delegasi UNISEL telah mengadakan pertemuan bersama Datuk. Dr. Amin Senin, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan, YB Tuan Mustapha Sakmud, Ahli Parlimen Sepanggar dan Mohd Nur Hilmie Milus, Yang Dipetua Angkatan Belia Islam (ABIM) Sabah.
 
Program yang berlangsung di Pejabat ABIM Pusat Sabah itu turut dihadiri oleh barisan tertinggi kepimpinan ABIM Sabah. Menerusi pertemuan ini, pelbagai pencerahan inisiatif terkini UNISEL termasuk penerangan konsep program ‘Fast Track’ SPM lepasan Tahfiz serta ‘Track Huffaz’ telah disampaikan.
 
Umum mengetahui, UNISEL menawarkan pengajian percuma bagi Program Tahun Asas yang melibatkan program asas Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), Pengurusan, Teknologi Maklumat, Sains dan Sastera. Lebih menarik, UNISEL turut menawarkan Program Asas Trek Huffaz khusus buat pelajar SPM lepasan tahfiz.
 
Lawatan Kerja kini sedang diteruskan ke beberapa kawasan lain sekitar Sabah termasuklah Kundasang, Tawau, Semporna dan bakal berakhir semula di Kota Kinabalu. Pelbagai pengisian lain dari aspek promosi dan tawaran program pengajian bakal berlangsung sepanjang tujuh hari lawatan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
9 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi