Share This Post

Tawau – Hari ke-tiga lawatan kerja di Sabah, pengurusan tertinggi UNISEL berkesempatan melawat Musolla Ar Redzuaniah di Kampung Wadah Damai, Balung, Tawau.
 
Kehadiran disambut meriah oleh penduduk kampung yang rata-ratanya berbangsa Bugis. Pelbagai juadah telah disediakan bagi meraikan pihak Universiti.
 
Apa yang menariknya, Musolla ini sebenarnya dinamakan sempena Nama Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor. Kenapa & mengapa?
 
Ini adalah tanda terima kasih penduduk kepada Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman atas sumbangan beliau bagi mendirikan Musolla ini diperingkat awal pembinaan.
 
Siapa sangka, siapa duga, kesemua pengurusan tertinggi cukup terkejut & teruja apabila mendapat maklum akan hal sebenar setibanya disini semasa Majlis berlangsung.
 
Walaupun Musolla ini hanya dilengkapi kemudahan asas sahaja tetapi ianya adalah cukup mengembirakan penduduk kampung yang memerlukan.
 
Mengakhiri Majlis disebelah petang ini bersama penduduk kampung, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan berkesempatan menyampaikan bakul kasih kepada penduduk.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
10 Disember 2022.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi