UNISEL BERTEMU PERSATUAN KEBAJIKAN BUGIS SABAH

Share This Post

Delegasi Universiti Selangor (UNISEL) cukup dihargai setibanya di Tawau, Sabah pada hari ketiga. Selesai program di sebelah petang melawat Musolla Ar Redzuaniah Kampung Wadah Damai, Balung.
 
Lawatan kerja ke Sabah dipenuhi pula dengan aturcara sebelah malam bertemu Persatuan Kebajikan Bugis Sabah di Sthamin Cafe bagi sesi ramah mesra sempena lawatan kerja ke Sabah.
 
Menerusi pertemuan ini pelbagai perkongsian berkaitan UNISEL telah di sampaikan oleh Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor kepada pimpinan persatuan yang dilihat cukup teruja dengan penerangan.
 
Terima Kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Asiah Bahron, Pengerusi Persatuan Kebajikan Bugis Sabah yang mengalu-alukan kehadiran UNISEL ke sini & dilihat berjaya mengaturkan program ad-hoc sebegini dengan cukup berjaya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
10 Disember 2022.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi