QUARANTINE TEA TALK : EDISI BIG BOS BERSAMA PRESIDEN & NAIB CANSELOR UNISEL DAN PENGERUSI & PENGARAH URUSAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Share This Post

Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL) pada hari ini mengadakan siaran langsung Program Quarantine Tea Talk : Edisi Big Bos yang menampilkan dua panel istimewa iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL dan Dato’ (Dr) Hussamuddin Yaacob, Pengerusi & Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf.Siaran langsung yang bermula jam 3.00 petang itu dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) berlangsung di UNISEL Kampus Shah Alam.

Menerusi tajuk ‘COVID dan Resam Baharu’, antara intipati daripada siaran langsung tersebut adalah perkongsian kedua-dua panel berkenaan cabaran dan dugaan dalam menerajui syarikat apabila berdepan dengan wabak pandemik Covid-19 yang kini sedang melanda dunia.Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman juga berkongsi beberapa perancangan beliau untuk menjadikan UNISEL sebagai universiti pilihan pelajar lebih-lebih lagi di dalam era norma baharu ini.Menurut beliau, UNISEL kini menyediakan kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi memudahkan urusan pensyarah dan pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tambah beliau lagi, UNISEL sedang merencanakan beberapa projek seperti ‘Quranic Garden’, taman yang akan menempat beberapa tanam-tanaman yang terdapat di dalam Al-Quran seperti pokok Tin dan Zaitun.

Bagi Dato’ (Dr) Hussamuddin Yaacob pula, pandemik Covid-19 ini jika dilihat dari perspektif berbeza, merupakan satu ruang dan peluang terutama sekali buat umat Islam untuk berada lebih dekat dengan Allah SWT.Ujar Penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Komunikasi 2017 UNISEL itu, ujian Covid-19 ini dijadikan satu landasan ilmu dengan memperkenalkan program Malaysia #QuranTime: Musaadah Covid-19. Beliau yang juga Pengerusi TV Al-Hijrah yakin program ini dapat membantu masyarakat menghadapi tekanan ujian Covid-19 dan lebih dekat dengan Allah SWT.Rakaman Program Quarantine Tea Talk : Edisi Big Bos ini boleh diakses secara terus di laman sosial rasmi Facebook Universiti Selangor malam ini, 5 Jun 2020 pada Jam 9.00 malam.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi