UNISEL TERIMA KUNJUNG HORMAT AHLI PARLIMEN HANG TUAH JAYA

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjung hormat daripada YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Haji Mohd Akin, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka. Kunjungan tersebut dimulai dengan sesi perbincangan di Bilik Mesyuarat Senat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Kehadiran Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu disambut oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL serta beberapa pengurusan kanan universiti

Kunjungan tersebut merupakan salah satu lawatan kerja YB Datuk Seri Shamsul Iskandar ke UNISEL Kampus Bestari Jaya bagi membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak. Kunjungan ini juga merupakan lawatan kali pertama beliau ke universiti ini. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, semasa sesi perbincangan berkesempatan menerangkan beberapa pelaksanaan terkini serta berkongsi kejayaan yang dikecapi UNISEL sepanjang empat tahun pentadbiran beliau.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL juga turut berkongsi aspirasi beliau bagi memartabatkan lagi pendidikan di Malaysia. Dalam sesi perbincangan tersebut juga, kedua-dua belah pihak turut bertukar idea dan pandangan terutama sekali dari aspek transformasi UNISEL secara menyeluruh. Dalam pada itu, sebelum berangkat pulang, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar dibawa melawat ke Galeri UNISEL dan beberapa lokasi sekitar kampus bagi melihat projek transformasi yang sedang dan telah dijalankan sepanjang tempoh empat tahun Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menerajui UNISEL.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi