UNISEL MILIKI PUSAT SUKAN ANTARA YANG TERBAIK

Share This Post

Sukan menjadi pilihan utama masyarakat negara kita untuk kekal cergas. Hakikatnya, bersukan memberi banyak manfaat dan ianya amat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama sekali golongan belia seperti pelajar universiti.Tidak lengkap rasanya sebuah institusi pengajian tinggi jika tiada kemudahan sukan disediakan kepada pelajarnya. Di Pusat Sukan Universiti Selangor (UNISEL), kita amat peka dengan kehendak semasa pelajar dan masyarakat. Oleh yang demikian, kita menyediakan pelbagai fasiliti sukan yang lengkap dan sesuai kepada kesemua lapisan masyarakat baik untuk sukan “indoor” mahupun “outdoor”.

Kemudahan yang canggih dan terkini seperti trek balapan, gelanggang bola sepak, bola jaring, tenis, sepak takraw dan futsal disediakan sebagai sukan “outdoor” di sekitar pusat sukan. Jika anda tidak mahu berpanas, gelanggang “indoor” juga tersedia dengan fasiliti sukan seperti badminton, bola tampar, dodgeball, ping pong dan bola keranjang.

Tambahan lagi, Pusat Sukan UNISEL turut menyediakan kemudahan gymnasium baik secara “indoor” mahupun “outdoor”. Istimewanya lagi, Pusat Sukan UNISEL ada menyediakan sukan air seperti kayak dan paddle boat yang mana jarang –jarang sekali disediakan di pusat pengajian tinggi lain. Aktiviti sukan air di sini sering dijadikan program sukan keluarga dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Lebih menarik, kesemua kemudahan sukan ini tidak terhad kepada kepada pelajar mahupun kakitangan UNISEL sahaja tetapi boleh diakses juga oleh orang luar yang berminat untuk melakukan aktiviti sukan dan riadah di sini. Kepada yang berminat untuk menyewa kemudahan sukan di sini, anda boleh berhubung terus dengan pihak UNISEL untuk menempah slot kekosongan jika ada.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan UNISEL sebagai sebuah universiti mesra masyarakat. Anda diluar sana dialu-alukan untuk datang menyelami dan menikmati keindahan kampus ini. Caranya mudah sahaja, anda boleh terus datang ke UNISEL Kampus Bestari Jaya bila-bila masa, beritahu sahaja pengawal keselamatan dan seterusnya anda boleh mengabdikan kenangan terindah anda di sini.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi