SERAMAI 30 KAKITANGAN SERTAI KURSUS PENGENDALIAN LAMAN SESAWANG & LIVE STREAMING

Share This Post

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran menyertai Kursus Pengendalian Laman Sesawang & Live Streaming Fakulti/Jabatan anjuran Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL).
 
Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu bermula pada 3 hingga 5 Disember 2021 bertempat D’Wharf Hotel & Services Residence, Port Dickson, berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan Covid-19.
 
Beberapa aspek diberikan penekanan penting sepanjang kursus pengendalian laman sesawang fakulti dan jabatan ini adalah teknik pengendalian laman sesawang, kemahiran asas ‘live streaming’, perbincangan kepada rangka baharu serta pembentangan laman sesawang setiap fakulti dan jabatan.
 
Hadir merasmikan Kursus Pengendalian Laman Sesawang & Live Streaming Fakulti/Jabatan adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Dalam ucapannya, beliau berharap agar setiap webmaster fakulti dan jabatan yang hadir sepanjang kursus ini dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin supaya dapat menghasilkan laman sesawang yang terbaik.
 
“Laman sesawang merupakan pintu utama universiti. Oleh yang demikian, saya berharap agar setiap webmaster fakulti dan jabatan dapat memberikan komitmen yang terbaik untuk menghasilkan laman sesawang yang mesra pengguna selain mudah diakses oleh prospek pelajar dan orang luar,” ujar beliau.
 
“Sepanjang pandemik Covid-19 melanda, UNISEL menjadi antara universiti yang paling aktif mengeluarkan pelbagai bentuk siaran, berita dan informasi ilmiah yang mana ia merupakan satu bentuk promosi yang berjaya mengetengahkan keberadaan universiti di mata masyarakat,”
 
“Sebagai webmaster, anda merupakan ‘frontliner’ universiti dan peranan anda sangat penting untuk memastikan laman sesawang universiti berfungsi dengan baik dan mempunyai input yang baik supaya kita dapat menyampaikan informasi kepada masyarakat luar,” tambah beliau lagi.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi