UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN KIDS CAMPUS

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) dan Kids Campus Sdn Bhd mengambil langkah ke hadapan apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan lagi profesion pendidikan awal kanak-kanak. Majlis menandatangi memorandum tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Majlis tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, yang menandatangi bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar manakala bagi pihak Kids Campus pula ditandatangani oleh En. Rijalul Fauzi Bin Mustapa, Ketua Pegawai Eksekutif Kids Campus Sdn. Bhd disaksikan oleh En. Muhammad Shukri Bin Nor Mokles, Pengarah Usaha Niaga & Kolaberasi Kids Campus Sdn. Bhd.
 
Kids Campus Sdn. Bhd yang diterajui lebih 38 tahun dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak merupakan tadika yang memberi fokus kepada perkembangan awal kanak-kanak.
 
Menerusi kerjasama ini, UNISEL dan Kids Campus akan berusaha untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dari pelbagai aspek penyediaan penempatan praktikum kepada pelajar Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL.
 
Tambahan lagi, UNISEL juga akan memberi kerjasama dalam menjalani kajian dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran yang berkaitan. Malah Kids Campus juga akan memberi keutamaan kepada UNISEL dalam penganjuran aktiviti, seminar mahupun kursus yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.
 
Turut sama sepanjang majlis adalah Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) UNISEL serta barisan pengurusan kanak Fakukti Pendidikan dan Sains Sosial.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
30 Ogos 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi