UNISEL TERIMA PENARAFAN BERDAYA SAING DALAM SETARA 2022

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menjadi salah satu daripada 90 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang mendapat keputusan berdaya saing bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) 2022.
 
Setara merupakan sistem penilaian bertujuan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard IPT bagi Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kategori Universiti dan Kolej Universiti.
 
Penilaian Setara dilaksanakan berdasarkan instrumen dan indikator penilaian yang ditetapkan bagi memacu kepada peningkatan pendidikan berkualiti.
 
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuat pembaharuan pelaksanaan Setara dengan hanya membahagikan kepada dua kategori sahaja berbanding enam kategori sebelum ini iaitu berdaya saing dan berdaya maju.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan dan seluruh warga UNISEL di bawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor di atas penarafan ini. Semoga warga UNISEL akan terus berdaya saing untuk mencapai lebih kejayaan di masa hadapan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
1 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi