UNISEL SENTIASA DI HATI KAMI

Share This Post

Berjaya menamatkan pengajian dan menjadi alumni di Universiti Selangor (UNISEL) merupakan impian kira-kira 2000 orang graduan yang menghadiri Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 pada hari ini.
 
Senyuman dan tangisan kegembiraan terpancar di wajah setiap graduan tatkala mereka berarak keluar Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya setelah menerima skrol masing-masing.
 
Theva Sharma Subramaniam, graduan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, berkata beliau banyak mendapat inspirasi untuk belajar daripada abangnya yang juga merupakan alumni UNISEL.
 
“Saya banyak belajar mengenali dan membentuk diri saya sepanjang saya bergelar pelajar UNISEL. Momen pertama saya meninggalkan keluarga untuk meneruskan pengajian di sini menjadi sumber kekuatan untuk saya menamatkan pengajian dengan jayanya di sini,” ujar beliau yang kini berjaya menjadi seorang usahawan dan memiliki perniagaan sendiri.
 
Bagi Ahmad Afiq, graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UNISEL menjadi pilihan beliau kerana berada di lokasi yang senang untuk diakses dan berdekatan dengan kediaman keluarganya.
 
“Suasana UNISEL yang sangat bagus terutama sekali kemudahan pembelajaran yang lengkap, dikelilingi kawan-kawan yang baik selain para pensyarahnya yang sangat ‘sporting’ dan membantu pelajar untuk memahami setiap subjek yang diajar,” ujar beliau yang kini bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di sebuah firma di Shah Alam.
 
Berbeza dengan Izzah Atirah, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan tersebut adalah cabaran belajar secara atas talian sepanjang pandemik Covid-19.
 
“Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi satu impak yang besar bukan sahaja kepada saya malah rakan-rakan yang lain. Namun begitu saya amat berterima kasih kepada ibu bapa dan pensyarah yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada kami semua. Cabaran ini tidak pernah mematahkan semangat kami malah menjadi sumber kekuatan kepada kami semua,”
 
“UNISEL akan sentiasa di hati kami kerana banyak kenangan tercipta di sini. Terima kasih kepada semua pensyarah dan ucapan tahniah buat rakan-rakan yang bergraduat hari ini. Semoga kejayaan menggenggam segulung ijazah ini memberi inspirasi kepada adik-adik yang masih berjuang di UNISEL,” ujar beliau menamatkan bicara.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
11 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi