IBU BAPA DAN PENGUNJUNG PUJI KEMUDAHAN SEPANJANG ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL

Share This Post

Rata-rata ibu bapa dan ahli keluarga yang ditemui sepanjang Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) amat berpuas hati dengan segala kemudahan dan perjalanan Istiadat yang berlangsung bermula hari ini di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Menurut Noor Suziana, 42, beliau yang hadir bersama-sama keluarganya adalah bagi meraikan hari konvokesyen anak saudaranya yang bergraduat pada Sidang 6 Istiadat hari ini.
 
Beliau yang berasal dari Bukit Beruntung, Rawang itu turut berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak UNISEL sepanjang istiadat. “Terima kasih kepada pihak UNISEL kerana menyediakan khemah dan skrin LED yang amat memudahkan ahli keluarga lain untuk melihat Istiadat secara langsung dari dalam dewan,” ujar beliau.
 
Bagi Magesh, 55, beliau tertarik dengan suasana UNISEL yang sangat menarik dan kondusif. Ibu kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat itu turut mengesyorkan UNISEL kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian tinggi di sini.
 
“Tahniah buat UNISEL atas penganjuran Istiadat dan Pesta Konvo. Terima kasih kerana memberi peluang kepada graduan tahun 2020 dan 2021 untuk merasai suasana Konvokesyen setelah dua tahun UNISEL tidak mengadakannya akibat pandemik Covid-19,” ujar beliau.
 
Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 ini merupakan kesinambungan daripada Istiadat Konvokesyen yang berlangsung pada bulan Februari 2022 yang lepas. Dianggarkan lebih kurang 2000 graduan diploma dan ijazah sarjana muda bergraduat pada istiadat yang berlangsung pada 11 dan 12 Jun 2022.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
11 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi