UNISEL TERUSKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE DUA BUAH SEKOLAH DI RANTAU PANJANG

Share This Post

Pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir Universiti Selangor (UNISEL) meneruskan lagi bantuan mereka hari ini ke dua buah sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
 
Menurut Amidi Abdul Manan, Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP), misi pada hari ini adalah bagi membantu pihak sekolah membersihkan persekitaran sekolah selain membuang segala sampah sarap yang terkumpul.
 
“Pada awalnya, SK Rantau Panjang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) namun berikutan limpahan air yang semakin tinggi, mangsa yang berlindung di sini terpaksa dipindahkan ke PPS lain. Akibat dari limpahan air, sekolah ini terjejas teruk,”
 
“Pasukan UNISEL mengambil mandat ini kerana sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai universiti cakna masyarakat untuk turut sama membantu membersihkan kawasan sekolah yang terjejas. ,” ujar beliau
 
Misi Bantuan pada hari ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Kumpulan Semesta selain badan bukan kerajaan seperti Global Peace Mission Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Persatuan Persatuan Pelajar Islam Kedah, WADAH dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kedah. Hadir sama adalah Ketua Kampung Rantau Panjang yang dikenali sebagai Tok Din.
 
Ditanya mengenai peranan UNISEL kepada komuniti setempat, Amidi berkata universiti adalah sebuah entiti yang seharusnya memimpin masyarakat. Ini selari dengan aspirasi UNISEL untuk menjadi universiti yang cakna komuniti. Selain itu, UNISEL juga mengamalkan dasar keterlibatan masyarakat dari semua lapisan peringkat.
 
“Warga universiti juga adalah anggota masyarakat. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga dan berbakti kepada masyarakat. Di UNISEL, kita sentiasa ingin bekerjasama dengan komuniti setempat dan mengalu-alukan setiap kolaborasi di antara warga UNISEL dengan masyarakat,” ujar beliau lagi.
 
“Kita mempunyai kekurangan dan kekuatan tersendiri. Oleh itu, kita akan menggunakan kekuatan yang kita ada untuk memastikan tanggungjawab sosial korporat kita kepada masyarakat itu benar-benar berimpak dan menepati keperluan masyarakat,” ujar beliau.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi