UVS LANCAR PROGRAM SELANGOR MENGIRA 1/2022

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi UNISEL Virtual School (UVS) hari ini melancarkan program Selangor Mengira 1/2022 bertempat di Auditorium Ibn Al-Haytham, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat Kampus Bestari Jaya.
 
Program tersebut disifatkan sebagai satu usaha dalam memastikan bidang Matematik ini mendapat pengkhususan buat calon SPM 2021 sekali gus dapat menguasi teknik menjawab yang berkesan. Usaha ini juga diangkat sebagai platform perbincangan dua hala yang lebih efektif berbanding pembelajaran dalam talian.
 
Program Selangor Mengira ini juga di bawah kerjasama Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI serta Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Secara puratanya seramai 100 calon SPM yang melibatkan sebanyak 19 buah sekolah dalam daerah Kuala Selangor serta koleberatif guru-guru matematik di daerah yang sama menjalani program selama dua hari ini.
 
Antara pengkhususan Program Selangor Mengira ini adalah menguasai ungkapan Algebra, fungsi dan peranan Kuadratik, explorasi Algebra, graf gerakan, matriks dan pelbagai lagi sesi kuis yang berperanan sebagai penarik minat pelajar untuk menguasai bidang Matematik.
 
YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang selaku perasmi program Selangor Mengira menyifatkan program ini dapat memupuk minat pelajar untuk lebih cenderung memilih Matematik sebagai prioriti dan berharap agar lebih banyak lagi sekolah yang menyambut baik program sebegini.
 
Turut hadir En. Amidi Abdul Manan, Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti merangkap Ketua UVS, UNISEL, Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad, Dekan FKSH, Dr. Saibah Siregar, Penyelaras UVS, Guru Matematik Daerah Kuala Selangor serta wakil PPD Kuala Selangor.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang menganjurkan Jelajah Hari Terbuka UNISEL 2024 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang. Program yang mengangkat