ENAM ORANG ANAK SAYA MERUPAKAN GRADUAN UNISEL – ZAKARIA YUSOF

Share This Post

“Sebagai bapa, saya yakin Universiti Selangor (UNISEL) adalah universiti terbaik buat anak-anak saya. Oleh sebab itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk menghantar kesemua enam orang anak kami melanjutkan pengajian mereka di sini,” ujar Zakaria Yusof, bapa kepada Mohd Khalil Zakaria, graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.
 
Zakaria ditemui semasa Sidang 1 Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 di Bestari Jaya bagi meraikan kejayaan anak bongsunya Mohd Khalil yang berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri (Kepujian).
 
Menariknya, Mohd Khalil yang bergraduat pada hari ini merupakan anak bongsu daripada enam beradik yang mana kesemua abang dan kakaknya sebelum ini merupakan bekas pelajar UNISEL.
Bagi Zakaria, beliau dan isterinya Norrezan Kamarudin menaruh kepercayaan yang tinggi buat UNISEL dan berterima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga dapat membentuk kesemua anaknya menjadi seorang pemimpin.
 
Ujar Zakaria lagi, beliau sendiri melihat universiti ini sebagai sebuah pusat pengajian yang sempurna untuk anak-anaknya. Beliau turut memuji pihak universiti dalam menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik buat pelajarnya.
 
“Saranan saya kepada ibu bapa di luar sana, yakinlah bahawa UNISEL adalah antara pilihan terbaik buat anak-anak anda. Alhamdulillah, terima kasih UNISEL kerana telah berjaya melahirkan begitu banyak graduan yang cemerlang termasuklah keenam-enam anak kami,” ujar beliau mengahiri bicara.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
5 Feb 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi