MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UNISEL DISAMBUT MERIAH

Share This Post

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti Selangor (UNISEL) hari ini berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dewan Canselor, UNISEL kampus Bestari Jaya.
 
Sambutan yang kini disambut kembali cukup memberikan senyuman buat seluruh kakitangan UNISEL termasuklah dari kampus Shah Alam, kampus Bestari Jaya dan Selangor Business School Petaling Jaya.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya berkata, jadikan kesempatan menyambut Aidilfitri ini sebagai satu penyuntik semangat kekitaan antara staf.
 
“Selain dapat berkumpul menyambut Hari Raya Aidilfitri, majlis ini juga merupakan satu platform yang penting untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama staf di samping menjamah juadah yang telah disediakan”, ujar beliau.
 
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Puan Rozana Binti Zainal Abidin, ADN Permatang, Dato’ Hj. Ismail Yusoff, Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan serta kehadiran Duta Lesotho.
 
Sebanyak 13 gerai makanan melibatkan penyertaan daripada jabatan dan fakulti yang menyediakan pelbagai hidangan juadah Aidilfitri.
 
Sepanjang majlis, pelbagai pertandingan turut diadakan bagi menyerikan lagi suasana sambutan Aidilfitri antaranya gerai tercantik, pakaian tercantik, teka penyanyi sebenar, staf paling ceria, pertandingan nyanyian dan cabutan bertuah turut diadakan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
27 Mei 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi