MINGGU KEMPEN KESEDARAN PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ KEDIAMAN (MEPUK) 2022 TINGKAT KESEDARAN PERATURAN UNISEL

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL hari ini merasmikan majlis Minggu Kempen Kesedaran Peraturan Universiti dan Kolej Kediaman 2022 yang telah diadakan di Dewan Naib Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Presiden dan Naib Canselor menerusi ucapan, majlis tersebut disifatkan sebagai satu kempen kesedaran dalam kalangan penghuni kolej kediaman bagi memupuk nilai disiplin yang tinggi serta memahami segala aspek buku peraturan tatatertib pelajar.
 
Tambah beliau lagi, dalam menjadikan kolej kediaman UNISEL sebagai tempat penginapan yang sihat dan selesa mahasiswa seharusnya melahirkan sikap tanggungjawab dan rasa peduli terhadap persekitaran universiti.
 
Di akhir majlis, Kempen Kesedaran Peraturan Universiti dan Kolej Kediaman disampaikan oleh Inspektor Tan Cheng Yee, Pegawai Perhubungan IPT UNISEL / Inspektor Perkhidmatan & Perjawatan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.
 
Turut hadir, Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Dr. Ng Ming Yip, Pengarah Residensi Pelajar serta mahasiswa UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
25 Mei 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi