RUANG KAREL TINGKATKAN KEMUDAHAN PELAJAR

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya hari ini melancarkan Ruang Karel khas buat pelajar.
 
Sebanyak 20 buah unit komputer berdefinasi tinggi telah diletakkan di Ruang Karel bagi menambahbaik kemudahan pelajar lebih-lebih lagi proses pembelajaran dalam talian.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Ruang Karel ini dilihat sebagai satu tarikan besar buat pelajar selain dari kemudahan yang sedia ada di dalam perpustakaan ini.
 
Tambah beliau, komputer berdefinasi tinggi ini mampu memudahkan pelajar dalam melaksanakan tugasan kuliah sekali gus bermanfaat dalam pencarian bahan penyelidikan.
 
Pada kesempatan yang sama, sesi penyerahan 12 buah komputer riba kepada unit CICT UNISEL turut diadakan bagi kegunaan sistem audio visual (AV) serta kegunaan pendaftaran pelajar bagi kedua-dua buah kampus.
 
Turut hadir Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti serta pengurusan tertinggi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi