UNISEL LAWAT SEKOLAH MENENGAH AS-SALAM, SANDAKAN

Share This Post

Lawatan kerja di Sabah diteruskan ke Sekolah Menengah As-Salam. Delegasi Universiti Selangor (UNISEL) disambut YB Cikgu Alias Sani, ADUN Sekong, yang merupakan mantan pengetua sekolah sebelum ini.
 
Menerusi perbincangan bersama YB Cikgu Alias disini, Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada UNISEL kerana sanggup turun padang ke Sekolah ini dan menjadi Universiti pertama hadir semenjak ditubuhkan.
 
“UNISEL merupakan Universiti pertama hadir ke sini untuk lawatan semenjak sekolah ini ditubuhkan. Tidak pernah ada mana-mana Universiti yang hadir ke As-Salam, saya benar-benar ucap terima kasih atas usaha ini”
 
Dalam pada itu, UNISEL diberi kesempatan oleh pihak sekolah bertemu dengan pelajar. Pertemuan Istimewa ini adalah bagi menerangkan lebih lanjut berkaitan potensi diri selepas tamat pengajian.
 
Dalam pada itu, setelah hampir dua jam berada di As-Salam, beberapa cadangan kerjasama telah direncanakan. InsyaAllah YB Cikgu Alias Sani akan mengunjungi UNISEL dalam masa terdekat bagi perbincangan lanjut
 
Delegasi UNISEL turut dihiburkan dengan persembahan pelajar sebagai tanda meraikan kehadiran. Mengakhiri lawatan, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderamata sebagai kenang-kenangan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
12 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi