UNISEL TERIMA LAWATAN YB PUAN ANFAAL SAARI

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Puan Anfaal Binti Saari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat. Kunjungan tersebut merupakan diskusi pendidikan yang terdapat di Fakulti Pendidikan & Sains Sosial (FPSS).
 
YB Anfaal Saari tiba di perkarangan UNISEL kampus Bestari Jaya pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta turut disampaikan sesi taklimat berkenaan UNISEL di Bilik Mesyuarat Senat.
 
Dalam pada itu, Cik Nor Aida Sapuan, Timbalan Dekan Pemasaran & Pembangunan Pelajar Fakulti Pendidikan & Sains Sosial (FPSS) turut menyampaikan maklumat terhadap pencapaian yang digarap oleh FPSS bermula dari tahun 2016 hingga kini. Ini termasuklah peratusan kebolehpasaran pelajar FPSS serta memorandum persefahaman (MoU) yang dijalinkan dengan pelbagai pihak.
 
Di akhir sesi lawatan, YB Anfaal Saari turut dibawa untuk melawat ke Galeri UNISEL yang memperagakan kejayaan dan penghargaan diperoleh UNISEL serta hasil karya dari FPSS.
 
Turut hadir sepanjang sesi lawatan adalah delegasi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat serta Barisan Pengurusan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
2 November 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi